5 November 2019 - 15:55
YPG Masih Belum Tinggalkan Zon Selamat: Erdogan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa para militan daripada kumpulan YPG masih belum meninggalkan "zon selamat" sepenuhnya yang terletak di utara Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa para militan daripada kumpulan YPG masih belum meninggalkan "zon selamat" sepenuhnya yang terletak di utara Syria.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak militan sehingga hari ini masih meneruskan kawalan patrol bersama dengan tentera A.S di kawasan tersebut sekaligus mencabul persefahaman yang ada di antara Ankara, Moscow dan Washington berhubung zon yang diperkatakan itu.

"Kami tahu bahawa pihak pengganas masih berada di dalam kawasan yang dirancang sebagai zon selamat. Kawasan-kawasan itu masih belum bersih daripada elemen pengganas. Para pengganas masih belum dibersihkan sama ada dari Tal Rifaat mahupun Manbij," kata Erdogan hadirin di dalam sebuah mesyuarat.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa pihak militan itu kini giat merancang serangan ke atas pasukan keselamatan Turki.

"Kami tidak akan melihat sahaja perkembangan ini. Kami akan lakukan apa yang perlu sepertimana yang telah kami lakukan sebelum ini," katanya lagi.

"Turki akan meneruskan perjuangannya sehingga setiap pengganas dihapuskan di Syria, Turki dan Iraq," katanya.

Presiden Turki itu juga menekankan bahawa Ankara akan mematuhi perjanjian sedia ada selagi Moscow dan Washington turut mematuhi perkara tersebut. -ABNA24